《32 Taktik MLM Terhebat — Taktik Terhebat Membina Rekod Jualan Tinggi》Edisi Tahun 2015

Persaingan menjadi semakin sengit dalam era globalisasi ini, kini, sesiapa yang berpandangan jauh akan dapat mengenal pasti tren masa depan, dan orang itu juga yang mampu mencapai kejayaan lebih cepat berbanding orang lain. Adakah anda orang itu? Bak kata pepatah ‘Kejayaan dapat dicapai selagi kita mengorak langkah ke arahnya’. Kita semua ada bakat-bakat tersendiri. Selagi anda yakin, anda pasti mencapai kejayaan! MLM ialah bidang kerjaya masa depan yang paling hot! Jom menguasai taktik-taktik MLM yang dibukti berkesan, bergabung dengan tren ini, anda pasti boleh merealisasikan impian anda; usaha anda hari ini akan menjadi sebab anda berjaya pada keesokan hari.

Tempoh percubaan dan kesilapan adalah tempoh yang paling membazirkan masa dalam perjalanan ke arah kejayaan; Akan tetapi, model kejayaan yang salah diduplikasikan akan mengakibatkan anda mengalami kegagalan. Jangan membazirkan masa menempuhi cabaran yang tidak bermakna, atau membuat duplikasi yang salah. Sebaliknya, anda harus pinjam kuasa daripada ajaran Coach Desmond Pang, supaya jurulatih yang berpengalaman 20 tahun dalam kursus latihan dan strategi MLM ini membimbing anda menguasai 32 Taktik MLM Terhebat ini. Biar beliau memendekkan tempoh percubaan dan kesilapan anda dan membantu anda menduplikasi model kejayaan dengan senang dan cepat supaya anda dapat membina sebuah rangkaian MLM yang besar dan kukuh.

Keyakinan Yang Betul, Harus Ditanam Jauh Di Dalam Hati

Ramai yang mengabaikan kekuatan sebenar ‘Zheng Xin’. Ia sebenarnya satu tenaga positif yang berupaya membantu anda mencapai kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. Ramai orang sering menasihati diri sendiri atau rakan-rakannya seperti ini, “Jangan melakukan perbuatan yang jahat. Perbuatan yang jahat akan menghancurkan kehidupan seseorang.”

Oleh itu, anda harus memilih hala tuju yang sesuai dengan anda. Titik permulaan yang baik akan membawa anda ke arah kehidupan yang berjaya dan bahagia. Perkataan ‘Zheng Xin’ sebenarnya bermaksud Keyakinan Yang Betul. Ini boleh dikatakan sebagai satu kepercayaan umum dalam seluruh Dunia. Apabila kita mempunyai Keyakinan Yang Betul, keyakinan itu akan mengiringi kita untuk merealisasikan kehidupan yang agung dan bermakna dengan hati yang tabah dan jujur.

Saya yakin bahawa semua orang, ia termasuk anda, giat mencari hala tuju hidup yang sesuai dengan diri sendiri pada setiap masa. Anda cuma kurang pasti sama ada laluan yang dipilih itu baik ataupun tidak. Oleh itu, anda akan meragui keputusan diri sendiri; Ada juga orang yang biarpun berjaya membuat pilihan yang betul, tetapi disebabkan hati yang tidak tabah, seseorang itu akan membuat banyak alasan untuk menafikan kewujudan peluang itu apabila ia sampai. Orang macam itu akhirnya tidak mencapai kejayaan, kehidupan yang bahagia juga semakin menjauhinya.

””

Apakah Itu Zheng Xin? Pilihan Yang Betul Dapat Dibuat Dengan Adanya Keyakinan Yang Betul

Apakah itu Keyakinan Yang Betul? Bagaimana kita mengunakan tenaga “Keyakinan” ini untuk membezakan laluan yang betul dan salah yang muncul di depan kita?

Membuat pilihan yang betul bukan sesuatu yang mudah untuk kebanyakan orang. Semua orang di dunia ini sudah pasti akan menempuhi kesukaran dan halangan dari segi keluarga, emosi, kerjaya, serta dalam kehidupan harian yang menyebabkan mereka sukar untuk membuat keputusan yang betul. Apabila kita tidak tahu untuk membuat pilihan yang mana, kita akan teragak-agak di antara dua pilihan sehingga kita tidak pasti sama ada sesuatu perkara itu betul atau salah. Kita juga tidak tahu apakah rancangan yang seterusnya atau sama ada kita patut terus berusaha atau berputus asa.

‘Kita terperangkap di antara situasi yang ideal dan realistik. Apabila kita perlu buat pilihan di antara kasih sayang kepada segelintir individu atau semua insan, atau di antara mendapat kebaikan atau prinsip seseorang; apabila perlu buat pilihan di antara ketaatan atau kebenaran, atau di antara menjadi pemurah atau pentingkan diri sendiri, atau apabila membuat pilihan di antara hati nurani dan kepentingan diri. Kadang kala, kita tidak dapat membuat pilihan yang wajar! Adakah sejenis kriteria wujud di dunia ini yang boleh membantu kita membuat pilihan yang wajar?’

Kadang kala, kita tidak mampu membuat keputusan akibat daripada terlampau berasa bimbang. Oleh kerana kita berasa keliru dan tidak mampu menganalisa dengan baik, kita akan membuat keputusan yang tidak betul dan memburukkan keadaan sehingga tiada kebaikan dapat diperolehi daripada keputusan itu. Oleh itu, saya ingin menekankan bahawa jika anda berasa keliru, dan tambahan lagi jika anda berfikiran negatif apabila membuat keputusan, maka anda sudah kehilangan kebolehan untuk membuat analisa dengan baik, maka anda tidak dapat mengusahakan kerjaya MLM dengan hati yang ikhlas. Dengan itu, anda pasti gagal dalam hidup anda.

Dengan erti kata lain, kita hanya boleh memberikan kepercayaan yang penuh terhadap hala tuju itu untuk membawa kita ke arah kehidupan yang lebih berjaya dan bahagia. Dengan adanya kepercayaan itu, tiada sebarang cabaran yang boleh menghalang kita daripada mencapai kejayaan. Semangat yang kental dapat membimbing anda menempuhi segala cabaran, kepercayaan itu membolehkan anda memilih langkah seterusnya yang lebih sesuai. Jika anda terus mengusahakan kerjaya anda mengikut aliran prinsip dunia, anda pasti dapat mencapai matlamat yang anda impi-impikan selama ini.

Beliau berharap agar kalian faham bahawa dengan menjalani lebih latihan, prinsip Dunia keyakinan ‘Zheng Xin’ dapat dipertingkatkan. Selagi anda rajin belajar, memajukan diri, memperkuatkan prinsip itu, sudah pasti Keyakinan Yang Betul itu dapat diperkukuhkan lagi.

””

Mematuhi Prinsip Utama Dunia, Kualiti Kehidupan Mencerminkan Kualiti Perhubungan

Jika seseorang manusia kehilangan tanda-tanda hidup, maka dia pasti tidak dapat terus hidup lagi! Jika seseorang terpaksa mengurangkan masa bersosial dengan rakan-rakan dan ahli keluarganya, maka kehidupan tersebut tidak boleh digelar berjaya dan bahagia! Kenapa saya berkata demikian?

Sebaik sahaja kita dilahirkan, kita sudah bermula membina rangkaian hubungan kita. Hubungan di antara manusia bermula dari sesebuah keluarga. Oleh itu, kenyataan ‘Kehidupan seseorang dan hubungan sosialnya adalah berkait rapat’ adalah betul. Hubungan keluarga kita adalah pentas latihan sosial yang terbaik untuk kita. Jika seseorang mampu menjalin hubungan yang baik dengan keluarganya, maka dia sudah pasti dapat menjalin hubungan yang baik dengan rakan-rakannya dengan mudah di masa depan.

Betul itu. Baik anda belajar bagaimana untuk mengeratkan hubungan anda dengan keluarga anda dulu! Anda harus menghormati ibu bapa anda supaya hubungan anda dengan mereka menjadi lebih baik. Jika anda sudah berumah tangga, maka anda harus mengetahui cara-cara untuk bergaul dengan isteri anda. Lagi, anda harus tahu cara untuk berinteraksi dengan anak-anak anda. Jika hubungan keluarga anda diuruskan dengan baik, tambah dengan anda mengutamakan kebaikan mereka serta menjaga kebajikan mereka, sudah pasti kerjaya anda juga akan menjadi semakin baik. Ini kerana hubungan keluarga yang baik akan menjamin kerjaya yang baik.

””

Mematuhi Prinsip Kedua Dunia, Tiada Rahsia Yang Wujud Di Dunia Ini!

Siapakah yang tidak pernah melakukan kesilapan? Kita harus mengakui kesalahan diri sendiri apabila melakukan kesilapan, dan bukan mencari alasan dan mengakibatkan diri sendiri mengulangi kesilapan itu. Cuba anda fikir, anda mereka pelbagai bohong untuk menutupi kesalahan diri sendiri kerana bimbang orang lain mengetahuinya. Jangan membazirkan masa untuk membuat demikian!

Pada suatu hari nanti, semua bohong anda akan menyebabkan lebih banyak salah faham kerana rahsia tidak dapat disimpan buat selamanya. Rahsia itu sudah pasti akan dibongkarkan nanti. Secara ringkas, kita harus melakukan semua perkara dengan hati yang ikhlas dan jujur. Jangan sesekali menipu orang lain supaya kita tidak akan melakukan lebih kesalahan lagi.

Apabila kita tidak mengamalkan gaya hidup yang ikhlas, kata-kata kita akan kehilangan pengaruhnya. Apabila kata-kata kita tidak lagi berpengaruh, daya tarikan anda juga tidak dapat dikumpulkan, maka pengaruh anda juga akan hilang. Perkara ini bukan saja akan mempengaruhi nasib keluarga anda, ia juga akan memburukkan keadaan kewangan dan kerjaya anda. Dengan itu, ia akan mengakibatkan anda tidak dapat melakukan apa-apa tindakan yang bermakna. Seseorang yang berjaya mampu bertindak mengikut kehendak hatinya.

””

Kepercayaan Adalah Unsur Yang Boleh Kitar Semula, Belajar Membina Tenaga Yang Harmoni

Kadang kala, kita tidak mampu menangani sesuatu masalah dengan rasional. Kita akan memburukkan situasi itu biarpun niat kita bukan demikian. Jika anda ingin menghasut orang lain, atau mewujudkan banyak peluang untuk menyerang mereka, maka anda juga mewujudkan lebih banyak halangan dan tekanan yang negatif kepada diri sendiri.

Alam semesta kita sentiasa berkembang dan mengecut secara berkitar tidak kira ia akibat niat yang baik atau buruk. Semua akibat perbuatan kita akan terbalas ke atas kita. Oleh itu, kita menuai dari apa yang telah disemai. Yang bezanya ia perbuatan yang baik atau buruk saja! Jika kita boleh berusaha mengusahakan kerjaya ini dengan ikhlas, sudah pasti perjalanan kita ke arah kejayaan akan jadi lebih kukuh. Mulai sekarang, anda harus membina persekitaran yang harmoni demi diri sendiri. Tambahan lagi, ia lebih bermakna untuk mewujudkan perkara yang harmoni daripada mewujudkan peluang untuk mencederakan orang lain! Zheng Xin boleh membawa kita ke arah kehidupan yang berjaya dan bahagia.

Berhati Baik, Dibalas Dengan Perubahan Yang Baik.

Kita harus melakukan segala perbuatan dan tindakan dengan niat yang baik. Kita tidak harus menganiayai orang lain demi melindungi kebaikan diri sendiri. Dengan itu, kita pasti dapat menukar situasi yang buruk itu menjadi yang baik. Jangan mempunyai hati yang jahat kerana perbuatan yang jahat pasti dibalas dengan kejahatan.

Jangan Hanya Memaafkan Orang, Anda Juga Harus Bersikap Optimistik.

Jangan hanya maafkan orang tapi juga harus berfikiran positif. Kita harus berfikiran optimistik sepanjang masa kerana semua masalah pasti akan diselesaikan juga akhirnya. Semua perkara yang berlaku pasti ada sebabnya, ia wujud untuk menjadikan kita semua lebih baik.

Berusaha Bersungguh-sungguh, Terus Yakin Pada Kesudahan Yang Baik.

Kita harus sentiasa berfikiran positif dan berusaha dalam laluan ke arah kejayaan yang betul. Lagi, kita harus bertindak sambil yakin bahawa masa depan kita pasti menjadi lebih baik.

Bersikap Murah Hati, Memberikan Sumbangan Terbaik Kepada Dunia Ini.

Sebab dunia ini dipenuhi persengketaan, perebutan kuasa, sebab mereka bermati-matian bersaing antara satu sama lain adalah kerana mereka pentingkan diri sendiri. Jika kita buangkan ‘diri sendiri’, dan tidak menyalahkan orang lain, serta tidak terlampau pentingkan kebaikan diri sendiri, atau tidak mengira kenapa tiada orang menghormati kita dan nasib kita, sudah pasti kita akan boleh membantu lebih ramai orang dengan hati yang ikhlas. Oleh itu, sila jangan terlampau mengira, dan terus memberikan sumbangan kepada dunia ini supaya dunia ini akan menjadi lebih indah.

Saya berkongsi beberapa prinsip yang asas dengan anda secara ikhlas. Akan tetapi, keyakinan adalah perkara yang membolehkan anda memahami Zheng Xin dengan sepenuhnya! Hanya keyakinan yang tinggi membolehkan semua insan terus merasai kewujudan Zheng Xin pada masa depan.