Peranan Beliau Masa Kini

  • Ketua Penceramah dan pihak bertanggungjawab dalam PSC Training & Research Services
  • Penceramah terpilih untuk beberapa buah syarikat MLM

Pencapaian Peribadi

  • Tahun 2017 – 榮獲世界(中國)直銷品牌榜最具授業價值培訓導師
  • Tahun 2015 – beliau ialah pemegang ijazah kedoktoran untuk Global University for Lifelong Learning, mata pelajaran utamanya ialah ‘Motivation & Personal Development’, iaitu Motivasi & Kemajuan Diri.
  • Tahun 2014 – dipersembahkan dengan Anugerah Penceramah Profesional MLM Oriental Daily 2014

Tidak kira betapa jauhnya pengembaraan atau betapa tingginya pencapaian seseorang, kasih sayang dan rumah kediaman adalah matlamat terakhirnya. Kasih sayang menjadikan dunia ini lebih indah.

Misi beliau adalah untuk membina sebuah persekitaran MLM yang dipenuhi kekayaan dan kasih sayang. Coach Desmond Pang ialah seorang jurulatih sepenuh masa yang sudi menghulurkan tenaga dan kasih sayang kepada pelajar-pelajarnya.Beliau akan terus membantu lebih ramai orang dan syarikat untuk berjaya, dan juga membantu kumpulan-kumpulan dan pemuda-pemudi untuk memperolehi kebahagiaan hidup tidak kira betapa banyak halangan yang ditempuhi.

Coach Pang bukan saja seorang penceramah berkarisma yang berkebolehan, malah, beliau juga seorang jurulatih potensi yang mahir dalam meningkatkan daya saing kakitangan-kakitangan sesebuah syarikat melalui latihan-latihannya. Selepas sesebuah kumpulan menghadiri latihan potensi beliau, sudah pasti jualan kumpulan itu akan meningkat dengan mendadak. Oleh itu, Coach Desmond Pang adalah Pendidik Falsafah Kejayaan dan Pakar Strategi Pengurusan Rangkaian yang amat disanjung tinggi dalam bidang MLM. Latihan potensi beliau mampu memberikan sumbangan besar kepada dunia ini. Ia adalah satu-satunya kursus latihan yang wajib dihadiri setiap manusia. Ia adalah satu gerbang yang menghalakan seseorang ke arah sebuah kehidupan yang harmoni dan bahagia.

Beliau yakin usaha kita bersama mampu menjadikan dunia ini lebih indah. Beliau juga berharap kursus-kursus latihan PSC yang ditetapkan oleh syarikatnya dapat membolehkan lebih banyak syarikat, kumpulan dan pemuda-pemudi untuk membina pentas MLM yang dipenuhi kekayaan dan kasih sayang. Melalui kombinasi dari model kejayaan Amerika, semangat ketenteraan dan teknik motivasi separa sedar, latihan PSC1, PSC2, PSC3 dan PSC4 akan membimbing para peserta menjalani kehidupan dan pengalaman pahit dan manis seumur hidup dalam 2 hari. Ia dilakukan demi mendorong peserta berdepan dengan isu-isu kehidupan harian, mengesahkan sebab kewujudan setiap orang, serta membuka hati setiap orang supaya peserta mampu berfikir secara terbuka dan mengejar kejayaan yang seimbang dalam 5 aspek, iaitu kehidupan, keluarga, kerjaya, emosi dan kemajuan diri. Selain itu, peserta juga dapat memindahkan tenaga yang positif melalui Latihan Falsafah Kejayaan, serta pinjam kuasa dan membina kumpulan ‘Dream Team’ sendiri demi merealisasikan impian semua ahli kumpulannya bersama.

Walaupun beliau tidak tahu betapa besar pengaruhnya terhadap sasaran audiensnya; walaupun beliau tidak dapat mengesahkan sama ada masa depan kita baik atau tidak; biarpun beliau tidak mampu mengubah dunia kita sekarang, tapi beliau yakin terhadap keindahan semua benda di sekeliling kita. Oleh itu, beliau berusaha seumur hidup untuk mengumpulkan semua benda yang positif, kerana beliau percaya ia dapat mengubah nasib seseorang apabila seseorang diperkenalkan dengan sesuatu prinsip, sesuatu tindakan, sesuatu isyarat dan keazaman kita. Apabila seseorang itu mula berubah, dia juga pasti akan membantu orang lain dengan memindahkan tenaga yang positif ini kepada orang itu, dan membolehkan dia merealisasikan impian dan mewujudkan dunia yang lebih indah bersama!

Coach Desmond Pang Yee Seong | Pendidik Falsafah Kejayaan, Pakar Strategi Prestasi MLM

beliau menerima ijazah kedoktoran dari Global University for Lifelong Learning, mata pelajaran utamanya ialah ‘Motivation & Personal Development’, iaitu Motivasi & Kemajuan Diri’.

beliau menubuhkan Institusi Latihan Falsafah Kejayaan (PSC Training & Consultancy) demi membantu syarikat-syarikat yang memerlukannya. Misi utama Syarikat beliau adalah untuk membina pentas MLM yang dipenuhi kekayaan dan kasih sayang. Kursus-kursus latihannya dikategorikan kepada siri latihan ‘Latihan MLM Dan Nasihat Strategi’, ‘Kumpulan Rangkaian Syarikat’ dan ‘Kumpulan Pemuda’ untuk pelanggan-pelanggannya.

beliau menumpu sepenuh usaha dalam penubuhan Latihan Falsafah Kejayaan (PSC Training & Research Services). Beliau mengendalikan kursus-kursus latihannya selama 20 tahun. Kini, beliau sudah berjaya mengadakan lebih daripada 5000 kursus Latihan Falsafah Kejayaan, dan jumlah jangka tempoh kursusnya sudah melebihi 40 ribu jam, serta memberikan inspirasi kepada lebih daripada berjuta-juta orang di Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Taiwan dan China.

beliau ingin membantu lebih banyak syarikat dan kumpulan MLM membina pentas MLM yang dipenuhi kekayaan dan kasih sayang melalui kursus-kursus latihannya.

beliau berazam untuk menjadi seorang penceramah

Desmond Pang dilahirkan dan dibesarkan di negara Malaysia. Selain itu, beliau dilengkapi dengan 20 tahun pengalaman dan kini adalah seorang penceramah yang terkemuka di seluruh dunia. Dalam 20 tahun ini, penceramah hebat yang berpotensi ini giat mengusahakan impiannya untuk membina sebuah pentas MLM yang dipenuhi kekayaan dan kasih sayang demi memberikan satu tujuan kehidupan untuk pemuda-pemudi yang tiada matlamat hidup; membantu orang yang kehilangan makna kehidupan untuk mempunyai impian semula; demi membantu mereka yang berasa takut, rendah diri, dan kurang berkeyakinan apabila berdepan dengan cabaran untuk berasa yakin semula; membantu mengembalikan rasa sayang di antara suami isteri yang sering bergaduh; membantu mereka yang mengabaikan kepentingan hubungan suami isteri untuk menghargai perkahwinan mereka semula; membantu kanak-kanak untuk menghormati ibu bapa; membantu ibu bapa yang kuat mengawal untuk mendengar suara hati anak mereka, supaya dunia ini menjadi lebih indah!

Oleh kerana imej ‘Latihan Falsafah Kejayaan’ dan ‘Pakar Strategi Prestasi MLM’ beliau amat unggul, beliau menjadi amat popular di kalangan pengerusi-pengerusi syarikat dalam dan luar negara, dan sering menerima jemputan untuk menjadi penasihat strategi dan ketua jurulatih syarikat-syarikat korporat yang lain. Dengan melalui peranannya sebagai jurulatih MLM Pendidik Falsafah Kejayaan dan Pakar Strategi Prestasi MLM, beliau berhasrat untuk menyeru lebih ramai orang untuk sama-sama mempertahankan kewujudan kerjaya MLM ini supaya bidang MLM tidak akan menjadi sebuah bidang yang tidak relevan kepada orang awam; Supaya pengusaha kerjaya MLM mampu mengharukan pelanggannya dengan perkhidmatan yang berperikemanusiaan; Supaya dapat membantu lebih ramai orang memperolehi kesihatan, kecantikan, keyakinan dan kebahagiaan hidup. Beliau ingin sama-sama membina kerjaya MLM dengan keghairahan dan impian pada tempoh permulaan. Beliau percaya, selagi kita ada keazaman yang tinggi, kita mampu membina sebuah persekitaran MLM dan Medan Tarikan yang baik, supaya budaya MLM yang positif dapat diwujudkan; supaya mereka yang tidak mengenali kerjaya MLM dapat bermanfaat daripadanya.