Kursus Latihan Falsafah Kejayaan Golongan Belia

Kekuatan dalaman yang hebat bukan hak keistimewaan seseorang yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Selagi anda berani memimpin dan bertindak, serta menguasai peluang dan masa yang betul, tambah dengan daya kreatif yang tinggi dan keazaman yang tinggi, sudah pasti anda dapat mengubah masa depan anda! Ketidaksabaran tidak harus dikaitkan dengan ciri-ciri seorang usahawan yang muda; impian yang terlampau besar bukannya tidak praktikal; seseorang yang kekurangan pengalaman tidak bermakna orang itu pasti tidak mampu menyempurnakan tugasnya; cara pemikiran yang muda tidak bermakna seseorang itu tidak boleh memberikan pandangan dan idea; seseorang yang tidak berpengalaman hidup tidak semestinya memerlukan perlindungan daripada orang lain, atau orang itu tidak harus dilihat sebagai seorang pemuda lemah yang tidak mengambil berat terhadap peristiwa-peristiwa masyarakat.

Majalah ‘Times’ Amerika Syarikat pernah menyenaraikan sekumpulan pemuda yang berpengaruh bagi tahun 2014. Golongan pemuda ini yang berumur di antara 13 – 19 tahun ini memperolehi pencapaian yang luar biasa biarpun mereka masih muda lagi. Pengasas kumpulan aktivis pelajar Hong Kong ‘Scholarism’, Joshua Wong yang berumur 18 tahun ini mengadakan protes bersama-sama golongan belia lain demi misi mereka, sejurus menjadi simbol harapan ramai rakyat Hong Kong. Penulis blog fesyen yang berumur 18 tahun, Bethany Mota, menjanakan pendapatan iklan sebanyak RM 750 ribu melalui saluran Youtube peribadinya. Penerima Anugerah Nobel Malala Yousafzai, berumur 17 tahun, berjuang untuk mendapatkan hak pendidikan bagi golongan wanita. Pelempar pasukan besbol Philadelphia Mo’ne Davis (13 tahun), mengetuai pasukannya masuk ke Little League World Series.

Usia yang muda bukan alasan yang menghalang anda daripada memperolehi kekuatan. Jangan sesekali pandang rendah pada pengaruh golongan belia. Selagi anda fokus dalam pembelajaran rahsia Latihan Falsafah Kejayaan, ia pasti dapat meningkatkan EQ para belia, serta memupuk sikap positif para belia supaya mereka mampu menyelesaikan masalah dan tidak berasa keliru lagi. Sebaik saja tenaga dalaman yang positif dikumpul, anda pasti dapat memperolehi sebuah kehidupan yang bahagia pada masa depan!

  • Merasai Kehidupan Sebenar

Latihan Falsafah Kejayaan Golongan Pemuda mempraktikkan pembelajaran berasaskan pengalaman praktikal, sebuah persekitaran yang benar akan dibina melalui latihan itu, para pelajar perlu menjalani kehidupan di dalam persekitaran itu di samping perlu menempuhi pelbagai cabaran, kejayaan, kesedihan, kegembiraan dan impak-impak yang lain. Seseorang boleh menyedari titik buta kehidupannya melalui latihan ini, dengan itu, seseorang akan memahami makna kehidupannya, justeru, mengingati seseorang pemuda untuk mula memajukan diri dengan segera.

  • Mengaktifkan Mentaliti

Kursus dua hari ini direka khas untuk pemuda berumur 12 – 18 tahun. Pemuda-pemudi akan belajar untuk lebih mengenali diri sendiri, supaya mereka akan menjadi seorang yang bertanggungjawab, serta menjadikan mereka bersikap positif dan berusaha bersungguh-sungguh apabila berdepan dengan cabaran hidup; supaya mereka mampu memikul sesuatu tanggungjawab disamping menyelesaikan segala halangan kehidupan. Pada masa yang sama, latihan ini juga efektif dalam meningkatkan kesedaran mereka terhadap diri sendiri, justeru membolehkan mereka mengetahui kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Bukan itu saja, kursus ini juga mampu menstabilkan perubahan mentaliti seseorang, supaya mereka boleh mendapatkan pengiktirafan daripada masyarakat, dengan demikian, ia dapat membantu mengukuhkan keyakinan dan penilaian mereka sendiri. Ia dilakukan agar pengusaha kerjaya MLM tidak akan terlampau menilai keupayaan diri sendiri; supaya mereka berasa yakin semula, menerima dan mengiktiraf kebolehan diri sendiri, serta terus mengecapi impian sendiri.

  • Memupuk Potensi Diri

Tujuan terakhir kursus ini adalah untuk membantu para pelajar menetapkan matlamat hidup dengan lebih awal, sejurus itu, mencungkil potensi diri sendiri dan memupuk sikap inisiatif supaya mereka berani menyahut cabaran. Seseorang pelajar juga akan berasa bersyukur terhadap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya. Kursus ini direka khas untuk menggalakkan para pelajar untuk melakukan segala tindakan yang perlu demi menguasai kehidupan diri sendiri! Hanya dengan itu, kehidupan seseorang akan menjadi lebih menarik, malah, seseorang pelajar mampu hidup dengan lebih tabah, yakin, optimistik, rajin berusaha, sihat, bersemangat dan penuh vitaliti.