Latihan (Kem Perpaduan Kakitangan) Bersama

Melalui situasi simulasi, peserta mengalami pengalaman kali pertama dan mendengar panggilan dalaman mereka. Kejayaan bukan sekadar cakap kosong tetapi mencari mod bagi pembangunan melalui pengalaman, dan mengenalpasti sumber tindakan dalam diri sendiri.

  • Dari Landak Kepada Koala

Jika setiap orang adalah landak di dalam syarikat, kecurigaan, pertentangan, kekusutan akan timbul, mereka saling menyalahkan dan tidak ada kesatuan. Jelas, syarikat sebegini kurang kerjasama dan kerja berpasukan, semua orang sering tidak bersetuju antara satu sama lain.

Bagaimana untuk mengubah pekerja yang tidak mahu bekerjasama supaya bekerja sebagai satu pasukan?

Sekiranya konflik sudah mula memasuki pasukan, latihan ini akan membuang duri landak, dan mengubahnya menjadi koala yang memiliki semangat kekitaan. Apabila koala menyesuaikan diri dengan budaya syarikat, membina emosi dan semangat kekitaan, pasukan akan mampu bersepadu, bersama-sama mengikut matlamat bersama, mempunyai kerjasama yang erat, dan mencipta pasukan yang sangat baik di masa hadapan.

  • Kuasa Pasukan Dapat Mengatasi Kesulitan

Ini adalah era yang menekankan kerja berpasukan. Anda akan menghadapi cabaran dan kesulitan yang lebih besar jika berjuang sendirian untuk berjaya. Pasukan bermaksud sekumpulan orang dengan ciri-ciri yang berbeza bergabung bersama, berkongsi matlamat yang sama, bertanggungjawab bersama, berkerjasama menuju matlamat bersama. Ini adalah teras dari pengurusan pasukan.

Kuasa pasukan adalah akar penyebab kemajuan berterusan pasukan, mengatasi kesulitan yang tidak mampu diatasi dan mencapai kejayaan besar yang mengejutkan! Seringkali, jika ahli pasukan melakukannya dengan sepenuh hati, bekerjasama sepenuhnya, dan menguasai kemahiran berkomunikasi yang penting bagi keharmonian pasukan, pasukan yang mengkagumkan akan diwujudkan dan dikenali.