Latihan Pemimpin MLM

  • Kenapa ada sesetengah pengusaha kerjaya MLM tidak dapat mengaut keuntungan yang memuaskan biarpun gigih berusaha?
  • Kenapa ada orang berpendapatan 6 angka biarpun kehidupan dia relaks saja?
  • Kenapa ada sesetengah kerjaya MLM turun naik, manakala ada yang stabil?
  • Kenapa ada orang taat setia kepada sebuah syarikat tapi ada yang suka melompat dari syarikat ke syarikat yang lain?
  • Kenapa ada sesetengah tempoh kegemilangan syarikat MLM hanya 3 tahun? Manakala ada yang secara berterusan?
  • Kenapa ada sesetengah pemimpin MLM disanjung tinggi? Ada yang dikutuk dengan teruk?
  • Kenapa ada sesetengah orang bangga mengusahakan kerjaya MLM, manakala ada yang membencinya?
  • Melangkaui Keyakinan Rendah, Mewarisi Tenaga Positif Yang Mampu Menggalakkan Perkembangan Kumpulan Pemimpin!

Jika anda ingin terlibat dalam bidang MLM, maka anda harus memahami segala ilmu tentang MLM. Jika anda ingin mara ke arah detik pencapaian penting yang baru, maka anda perlu menguasai intipati sebenar kerjaya MLM, kemahiran dan model operasi pengurusan perluasan kumpulan, serta prinsip dan cara yang betul untuk meningkatkan prestasi sesebuah kumpulan, semua ini bagaikan tenaga positif yang mampu menjadikan sesebuah kumpulan untuk berkembang dengan mantap.

Sebab utama Institusi Latihan Falsafah Kejayaan (PSC Training & Consultancy) menubuhkan Latihan Pemimpin MLM adalah untuk membimbing lebih ramai pemimpin MLM yang mahir menyerlahkan potensinya untuk terus mengetuai kumpulan rangkaiannya dengan cara, prinsip yang betul dan tenaga yang positif supaya mereka dapat mencapai misi hidupnya demi merealisasikan kehidupan yang berkualiti untuk diri sendiri dan orang lain.

Latihan Pemimpin MLM mempraktikkan pelbagai model latihan pengalaman praktikal. Ia merangkumi pengajaran jenis dogmatik dan permainan; dari pengajaran yang tegas ke jenis motivasi; dari memberikan ilmu, dan berasaskan cara pemikiran kritikal serta pertumbuhan dari segi rohani, latihan ini mampu memotivasikan pemimpin kita dari pelbagai aspek supaya mereka boleh menguasai cara dan prinsip yang betul mengenai pengurusan operasi sesebuah kumpulan. Dengan tenaga yang positif dijanakan daripada latihan-latihan itu, seseorang mampu menjadi seorang pemimpin MLM yang berkebolehan dari semua aspek.