Latihan PSC

Menurut seorang ahli falsafah berjaya sekitar 50-an yang berasal dari Amerika Syarikat, “Ini adalah formula kejayaan untuk mendidik orang-orang yang berjaya”. PSC telah diteliti dan direka dengan berhati-hati oleh seorang Amerika, Napoleon Hill, yang merupakan bapa kejayaan. Beliau berjaya membimbing beberapa orang usahawan yang unggul di bawah teori ini. Sejak itu, falsafah kejayaan beliau telah tersebar di seluruh dunia seperti di Eropah, Amerika, Asia Tenggara, China dan Jepun. Saat ini, terdapat lebih dari sepuluh juta orang yang mendapat manfaat dari formula kejayaan dan mencapai prestasi yang luar biasa.

Latihan PSC melalui kombinasi dari model kejayaan Amerika, semangat ketenteraan dan teknik motivasi separa sedar, latihan PSC1, PSC2, PSC3 dan PSC4 akan membimbing para peserta menjalani kehidupan dan pengalaman pahit dan manis seumur hidup dalam 2 hari. Ia dilakukan demi mendorong peserta berdepan dengan isu-isu kehidupan harian, mengesahkan sebab kewujudan setiap orang, serta membuka hati setiap orang supaya peserta mampu berfikir secara terbuka dan mengejar kejayaan yang seimbang dalam 5 aspek, iaitu kehidupan, keluarga, kerjaya, emosi dan kemajuan diri. Selain itu, peserta juga dapat memindahkan tenaga yang positif melalui Latihan Falsafah Kejayaan, serta pinjam kuasa dan membina kumpulan ‘Dream Team’ sendiri demi merealisasikan impian semua ahli kumpulannya bersama.

  • Melalui kombinasi dari model kejayaan Amerika, semangat ketenteraan dan teknik motivasi separa sedar, latihan PSC1, PSC2, PSC3 dan PSC4 akan membimbing para peserta menjalani kehidupan dan pengalaman pahit dan manis seumur hidup dalam 2 hari. Ia dilakukan demi mendorong peserta berdepan dengan isu-isu kehidupan harian, mengesahkan sebab kewujudan setiap orang, serta membuka hati setiap orang supaya peserta mampu berfikir secara terbuka dan mengejar kejayaan yang seimbang dalam 5 aspek, iaitu kehidupan, keluarga, kerjaya, emosi dan kemajuan diri. Selain itu, peserta juga dapat memindahkan tenaga yang positif melalui Latihan Falsafah Kejayaan, serta pinjam kuasa dan membina kumpulan ‘Dream Team’ sendiri demi merealisasikan impian semua ahli kumpulannya bersama.
  • Siapakah anda? Apakah yang anda idam-idamkan? Steve Jobs pernah berkata, ‘Kita hidup demi mengubah dunia ini.’ Apakah tujuan hidup anda? Kehidupan yang berkualiti dan kerjaya yang bermakna adalah definisi sebuah kehidupan yang sempurna! Kini, anda harus meninggalkan model mengusahakan kerjaya seorang diri dan belajar untuk membina sebuah ‘Dream Team’ yang kuat demi mencapai pencapaian yang luar biasa. Sebelum kita membina sebuah ‘Dream Team’, kita harus memajukan diri dengan memahami mentaliti dan konsep sebenar membimbing dan dibimbing orang. Dengan itu, kumpulan anda akan menjadi lebih kuat dan anda akan dikenali sebagai seorang pemimpin yang berkarisma oleh orang ramai. Sejurus itu, ramai orang akan tertarik oleh daya tarikan anda, kini, anda boleh merekrut mereka menyertai ‘Dream Team’ anda yang kuat.
  • Ramai orang berusaha seumur hidup demi memperolehi kehidupan yang bahagia. Kebahagiaan, adalah sejenis keadaan jiwa yang dipenuhi berkat. Hati anda akan menjadi lebih harmoni, gembira serta dipenuhi dengan kasih sayang daripada semua insan di sekeliling anda. Kita harus sentiasa berfikiran positif, dan terus yakin pada perkara yang baik, serta menguasai kuasa kasih sayang kerana semua unsur itu adalah rahsia ke arah kehidupan yang bahagia dan sempurna.
  • Seminar Kebahagiaan Hidup mengajar anda bagaimana untuk menyayangi semua insan, supaya anda faham apakah itu rasa sayang, merasai kasih sayang yang dicurahkan, serta memperolehi kasih sayang. Dengan itu, anda boleh menjadi medan tarikan kasih sayang dan melengkapi diri dengan intipati kehidupan yang dipenuhi kasih sayang. Seminar ini juga membolehkan anda memperolehi rasa kebahagiaan, supaya anda dapat menjadi magnet kebahagiaan yang mampu menarik rasa kebahagiaan dan membina suasana yang harmoni, sejurus menjadikan kewujudan anda hasil daripada rasa kebahagiaan yang muncul disisi anda.
  • Sebelum kita membina sebuah kehidupan yang bahagia, ia adalah penting untuk mengetahui situasi kita sekarang. Kita perlu mengenal pasti halangan yang menghalang kita daripada mengecapi kehidupan yang bahagia. Apakah yang menyebabkan kita tidak memilih kebahagiaan hidup? Rupa-rupanya, kasih sayang mampu mengubah hidup seseorang sehingga dia mencapai kehidupan yang bahagia.
  • Seminar Mahaguru Kehidupan bagaikan sebuah tapak latihan untuk melatih diri sendiri sehingga memahami bahawa demi memiliki kehidupan yang betul-betul bebas, seseorang harus membangkitkan potensi diri. Orang macam manakah anda sebenarnya? Dari manakah kita datang? Ke manakah kita harus pergi? Siapakah yang mengetuai hidup seseorang?
  • Apabila seseorang bangkit daripada kehidupan yang buruknya, baru dia memahami hidup yang berdasarkan mentaliti yang bebas adalah sejenis kebijaksanaan hidup yang bernilai; ia sejenis mentaliti yang membolehkan anda menguruskan semua perkara dengan hati yang tenang; ia sejenis mentaliti yang merentasi kebebasan yang sebenar. Apabila kita memahami keindahan yang sebenar adalah merupakan sejenis kualiti hidup yang tenang, ia adalah kerana keindahan itu adalah hasil daripada pengalaman hidup kita, hanya dengan itu, kita dapat menguasai satu tenaga yang mampu mencipta kehidupan; yang mampu menguasai kewujudan diri yang berkeyakinan tinggi dan bertenaga. Pada masa ini, anda faham bahawa anda adalah titik permulaan kepada masa depan anda.

Siri lengkap PSC direka khusus untuk menangani topik sikap, terutamanya tentang fikiran, sikap dan pembangunan konsep. Oleh itu, berdasarkan kemajuan belajar, Desmond Pang menjadualkan tiga fasa yang berbeza dalam program PSC. Desmond Pang sering mengatakan bahawa kejayaan adalah hasil daripada penggandaan sikap dengan kemampuan (atau kaedah); sikap adalah kunci utama yang harus dimagnetkan melalui latihan prestasi yang tepat. Dengan sikap yang betul, proses operasi organisasi akan diperkuatkan.