Latihan Strategi Prestasi MLM

Kejayaan tidak berlaku secara rawak. Untuk berjaya, cara yang paling baik adalah belajar dari orang-orang yang berjaya; sama seperti dalam menyelesaikan masalah matematik, anda harus aktif mencari nasihat dari orang-orang yang berjaya dan mengikuti pendekatan mereka dalam menyelesaikan masalah matematik. Dengan itu, anda akan dapat mencari cara penyelesaian lebih cepat daripada menyelesaikannya sendiri. Selagi anda memiliki keyakinan yang mantap, dan terus mencari cara untuk menguasai kunci kejayaan, kejayaan sebenarnya tidak sukar untuk dicapai.

  • Kunci Kepada Kejayaan (SCS1)

Kejayaan adalah bersamaan dengan sikap anda darab dengan sesuatu cara. Kita harus mengamalkan sikap yang baik dengan konsep yang betul. Di samping itu, kita harus menguasai sesuatu model kitaran perluasan rangkaian yang dibukti berkesan. Ini adalah kerana kejayaan atau kegagalan seseorang itu ada puncanya. Bak kata pepatah, “pengurangan halangan bermaksud peningkatan bantuan”. Oleh itu, SCS 1 adalah satu cara yang direka khas untuk membantu sesebuah organisasi mencari semula jalan ke arah kejayaan. Ia juga adalah sejenis formula kejayaan yang merangkumi pelbagai aspek yang menjamin hasil duplikasi yang cepat.

  • Organisasi Pengurusan Prestasi (SCS2)

Sebuah kumpulan yang berproduktiviti tinggi pasti sudah menguasai segala data mengenai perniagaan mereka. Jika sesebuah syarikat tidak mempunyai sebuah model pengurusan prestasi rangkaian, maka tiada prestasi yang baik akan wujud. Ia juga bermakna sesebuah kumpulan tidak dapat mencari keuntungan. Secara ringkasnya, hanya ‘prestasi’ dapat menjamin sesebuah kumpulan mempunyai pendapatan. Jika seseorang pemimpin tidak mampu mewujudkan apa-apa prestasi yang baik, maka pemimpin itu tidak memiliki kebolehan untuk memimpin. Oleh itu, pemimpin seperti itu boleh menyertai SCS 2 yang terjamin mampu mengajar seseorang tentang rahsia menguruskan sesebuah kumpulan. Dalam seminar itu, para hadirin akan diajar prinsip-prinsip dalam pengurusan kumpulan, rahsia memperkembangkan sesebuah kumpulan, kemahiran membuat duplikasi dan mengekalkan bakat-bakat yang ada, serta penganjuran aktiviti-aktiviti jualan dan sebagainya.

  • Kepimpinan Cemerlang (SCS3)

Seseorang pemimpin yang unggul perlu mempunyai kebolehan yang tinggi, serta sikap yang betul supaya dia akan dihormati orang lain. Kebolehan pemimpin ini pasti lebih tinggi daripada downlinenya, selain itu, pemimpin ini juga amat berkarisma, dan mempunyai pemahaman yang tinggi terhadap mentaliti seseorang yang memimpin dan dipimpin. Latihan-latihan daripada SCS 3 membolehkan seseorang pemimpin menguasai cara mendapatkan sokongan, cara menguruskan sesebuah organisasi, kebolehan untuk memotivasikan downline sendiri, kebolehan pengagihan dan pengurusan sumber; supaya semua ahli kumpulan mempunyai konsensus, sejurus menyatu-padukan semua ahli kumpulan anda dalam keadaan yang harmoni. Dengan ini, bukan saja matlamat dan potensi sesebuah kumpulan dapat dicapai, sebuah kumpulan yang berproduktiviti tinggi dan kuat bekerjasama juga dapat dibina.

  • Latihan Kepimpinan (SCS4)

Jika seseorang ingin memotivasikan dan menawan hati prospek baru, syarikat itu perlu mempunyai penceramah-penceramah berkarisma yang mampu meyakinkan orang lain. Seseorang penceramah yang berpengaruh mampu mempesonakan para hadirin sehingga mempunyai keinginan untuk membuat keputusan. Dengan memberikan sepenuh tumpuan pada membimbing lebih ramai penceramah berkarisma, anda pasti dapat menduplikasi jualan dan prospek-prospek yang baru. SCS4 melatih para penceramah untuk menjadi pelatih tahap bintang. Latihan ini membolehkan para penceramah berdiri di atas pentas dengan penuh keyakinan, mengetuai dan mengawal suasana mesyuarat serta mempengaruhi fikiran dan keyakinan orang lain dengan mudah.

  • Model Strategi Prestasi Jualan Langsung (SCS5)

Ini adalah tahap tertinggi dalam kursus SCS. Biasanya, ia dihadiri oleh para bos, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif. Selepas model MLM, SCS5 akan membahaskan model keuntungan MLM yang meliputi perancangan strategi MLM, kunci untuk pembangunan perniagaan, pembentukan sistem pendidikan dan latihan, pemasaran, kepimpinan dan pengurusan, kedudukan pasaran dan perancangan. SCS5 adalah satu-satunya model bersepadu strategi prestasi MLM. Ia adalah jalan pintas menuju kejayaan, menjimatkan kos, dan meningkatkan keuntungan syarikat.

Seluruh tumpuan rangkaian program adalah pada pendidikan, latihan kemahiran dan kaedah. Dimulai dengan SCS1, dan diikuti dengan SCS2, SCS3, SCS4 dan SCS5. Anda harus bermula dengan beberapa langkah asas, kemudian mara untuk menjadi pemimpin era baru.