《Rahsia Kunci Kejayaan MLM》Edisi Tahun 2010

  • Segala pertanyaan anda, akan terjawab! Anda akan mempunyai fikiran yang jelas tentang MLM.
  • Mengapakah ramai orang bekerja keras dalam melakukan perniagaan MLM tetapi tidak pernah mendapat hasil yang memuaskan?
  • Mengapakah sebahagian orang masih boleh mendapatkan pendapatan ratusan ribu tanpa perlu bekerja keras?
  • Mengapakah sebahagian orang mengalami turun naik dalam MLM namun sebahagian lagi terus berjaya?
  • Mengapakah sebahagian orang setia terhadap satu syarikat jualan langsung, sedangkan sebahagian lagi suka melompat daripada satu syarikat ke syarikat yang lain?
  • Mengapakah sebahagian syarikat MLM boleh berada di puncaknya hanya selama 3 tahun manakala sebahagian lagi boleh bertahan lama?
  • Mengapakah jualan sebahagian produk berkesan manakala sebahagian lagi tidak?
  • Mengapakah sebahagian pemimpin jualan langsung dihormati manakala sebahagian lagi dikutuk?
  • Mengapakah sebahagian bangga melakukan MLM manakala yang lain tidak pernah menerimanya?

Berkenaan MLM, sebahagian orang sangat menikmatinya, sebahagian menyalahkan, sebahagian berjaya menemui teknik lebih awal, manakala sebahagian masih mencari teknik yang tepat; sebahagian berasa susah memahami MLM, manakala sebahagian berpendapat mereka memahami dengan baik.

Jika anda membuat keputusan untuk terlibat dalam MLM, anda tahu anda tidak boleh melakukannya separuh jalan, atau lebih buruk dengan tidak mengetahuinya sama sekali. Jika anda berharap untuk berjaya dalam MLM, buku ini dapat membantu anda memahami MLM dengan lebih baik; pada masa yang sama, memberikan TIP tentang cara melakukannya secara berkesan, menjimatkan masa, usaha dan wang anda sambil menuju ke arah kejayaan.

MLM Adalah Trend Masa Hadapan

Bahkan jualan langsung boleh ditemuidi dalamstruktur asas pelbagai organisasi, hanya tidak disedari oleh orang ramai kerana pada fikiran mereka hanya syarikat-syarikat dengan lesen MLM adalah syarikat MLM. Bagi saya MLM adalah trend masa hadapan kerana semakin banyak industri telah menghasilkan struktur MLM sendiri.

Keadaan pasaran yang amat kompetitif menyebabkan pemilik perniagaan perlu bergantung pada para pengenal dan pencerita bagi mengembangkan perniagaan dan ini membentuk syarikat MLM. Tentu sekali, pengenal mengharapkan ganjaran atau komisen dan ini adalah ciri- ciri paling ketara MLM.
Kini ciri-ciri MLM sudah mula digabungkan secara tidak langsung ke dalam struktur sesetengah syarikat. Saya amat yakin MLM yang ada di saat ini akan berkembang dan menjadi lebih baik dalam jangka waktu terdekat! Mengapa saya mengatakan jualan langsung adalah trend masa hadapan?

Alasan 1: Pada Masa Hadapan, Tidak Ada Orang Yang Mahu Bekerja Untuk Orang Lain!

Ramai orang amat teringin untuk menjadi “freelancer”, mempunyai tempat kerja sendiri dan tidak perlu menjalani tempoh bekerja jam 9 pagi hingga 5 petang. Bagi mereka, terkandas dalam kesesakan lalu lintas semasa pergi dan balik dari kerja benar-benar membuang masa. Oleh itu mereka dambakan kebebasan bekerja dari rumah kerana waktu bekerja boleh dimanfaatkan, tanpa terikat.

Ada juga fenomena di mana majikan tidak mahu mengupah pekerja tetap. Majikan cenderung menggajikan para profesional dalam menguruskan perniagaan dan tidak mahu membayar gaji tetap untuk pekerja. Dengan alasan ini, lebih ramai pekerja yang memiliki keberanian untuk meninggalkan pekerjaan mereka dan berpindah ke dunia “freelancer”.

Alasan 2: Tekanan Ekonomi Dan Inflasi Yang Tinggi

Di bawah tekanan ekonomi dan inflasi yang sangat tinggi, masyarakat bergerak ke arah generasi wang. Dengan kelebihan pengetahuan, orang kaya boleh menghasilkan wang yang banyak dan kekayaan mereka meningkat dengan cepat, golongan kelas pertengahan akan hilang daya saing dan menjadi semakin miskin.

Andaikan seseorang dari golongan kelas pertengahan berpendapatan RM5,000 sebulan, apabila inflasi meningkat, harga barang dan perkhidmatan akan naik dan ini akan menyusutkan nilai wang; RM5,000 tidak akan cukup lagi untuk kehidupan yang sempurna. Harga aset akan meningkat, dan dalam waktu terdekat, seseorang terpaksa membelanjakan lebih dari satu juta untuk memiliki rumah dan kereta. Itulah yang saya maksudkan dengan golongan kelas pertengahan akan menjadi lebih miskin pada masa akan datang.

Golongan pertengahan akhinya akan lenyap, bilangan orang yang miskin akan meningkat secara mendadak, oleh itu, adalah sangat penting untuk berubah bagi kelangsungan hidup atau anda akan berhadapan dengan jalan buntu. Secara relevannya, MLM adalah laluan baru, kerjaya sampingan bagi golongan pertengahan.

Alasan 3: Di Masa Hadapan, Tidak Ada Orang Yang Ingin Menjadi Bos!

Satu lagi kebimbangan adalah di masa hadapan, tidak ada sesiapa yang mahu menjadi bos lagi; bilangan bos bagi syarikat-syarikat sederhana berkurang secara perlahan- lahan disebabkan kadar sewa dan perbelanjaan syarikat yang meningkat. Sekarang kita lihat kelangsungan hidup bos-bos daripada syarikat-syarikat besar (syarikat-syarikat yang menguasai pasaran) dan bos-bos daripada syarikat- syarikat sederhana (modal kecil).

Bos-bos syarikat sederhana melaburkan semua wang mereka bagi memulakan perniagaan sendiri. Mereka harus kreatif menghadapi persaingan di seluruh dunia dan pada masa yang sama, mereka perlu memastikan syarikat mampu bertahan dengan kos yang besar, termasuk gaji, bil air dan elektrik, pengangkutan dan lain-lain. Mereka perlu terlibat dalam kerja-kerja seperti membaca dan meluluskan dokumen, mengira stok, menagih hutang dan lain-lain. Semua ini memenatkan dan memberi tekanan.
Topik perbualan di masa hadapan adalah cara bagaimana untuk menikmati hidup, tidak seorangpun ingin bekerja untuk orang lain atau menjadi bos. Mereka lebih memilih untuk menjadi “freelancer”. Mereka tidak perlu bimbang tentang pengurusan atau inventori. Mereka hanya perlu memberikan beberapa maklum balas konstruktif kepada syarikat dan menerima pendapatan pasif sambil menikmati hidup.

Ketiga-tiga alasan di atas jelas menunjukkan bahawa samada golongan pekerja atau bos, semua orang ingin menjadi “freelancer”. “Freelancer” yang paling tipikal di pasaran adalah mereka yang melibatkan diri dalam jualan langsung! Jadi, siapakah calon yang paling sesuai untuk melakukan jualan langsung?

Ada Enam Golongan Yang Paling Sesuai Untuk Melakukan Jualan Langsung

Pekerja-pekerja sepenuh masa (terutamanya golongan bujang) dapat bertahan hidup dengan gaji bulanan mereka. Setelah berkahwin, samada suami atau isteri bergantung kepada gaji untuk bertahan hidup, di masa hadapan, masing- masing harus mempunyai beberapa pekerjaan untuk bertahan hidup. Jualan langsung adalah pekerjaan sambilan yang ideal bagi orang-orang yang boleh menghabiskan masa setelah tamat waktu bekerja untuk membuat wang ekstra.

Jika anda boleh mendapat RM500 sebulan, itu dianggap sebagai perbezaan daripada apa yang diberikan oleh majikan dan jika anda boleh mendapatkan RM1,000, anda telah memiliki tambahan RM1,000 di dalam saku. Lakukan lebih banyak, hasilnya lebih banyak. Daripada mengeluh akibat majikan tidak menaikkan gaji atau pasif menunggu kenaikan, adalah lebih baik mengambil kesempatan untuk membuat “bonus”. Tindakan tersebut lebih praktikal.

Saya menghormati para suri rumah yang berkorban demi suami dan anak-anak. Atas sebab-sebab untuk menjimatkan kos pembantu rumah atau pengasuh bayi, untuk mengelakkan anak-anak terabai dan untuk memastikan anak-anak menerima pendidikan asas yang terbaik, mereka sanggup memikul semuanya demi tanggungjawab terhadap keluarga.

Oleh kerana itu, mereka tidak boleh bekerja dan terpaksa bergantung hanya pada pendapatan suami bagi menangung seluruh keluarga. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa perempuan suka membeli pakaian baru, kasut, beg, mengubah gaya rambut, pergi ke salun kecantikan dan pelbagai lagi. Malangnya mereka tidak boleh melakukan semua aktiviti ini jika mereka hanya bergantung kepada pendapatan suami dan pada masa yang sama mereka tidak boleh meninggalkan anak-anak untuk kembali bekerja, maka MLM adalah pekerjaan yang paling ideal buat mereka.

Setelah menghantar anak-anak ke sekolah, golongan suri rumah biasanya ada masa terluang. Mereka boleh mengadakan perjumpaan di rumah dengan mengajak kawan-kawan datang mendengar penerangan tentang syarikat dan produk MLM.

Golongan veteran atau pesara lazimnya kesepian dan terpaksa bergantung pada anak-anak. Mereka sering berfikir bahawa mereka sudah tua, tidak berguna dan akan meninggal dunia. Jika mereka menceburi MLM, hidup mereka akan menjadi terisi dan berwarna-warni kerana mereka akan mempunyai lebih ramai kenalan dan tidak kesepian, mereka boleh mendapatkan wang saku mereka sendiri dan tidak perlu bergantung pada anak- anak untuk perbelanjaan bulanan; apabila mereka dapat membantu orang lain melalui syarikat, mereka akan berasa bangga dan gembira, mereka akan menjadi lebih positif, sihat dan menjalani hidup yang lebih bermakna.

Mengapa saya menganggap profesional sebagai salah satu golongan yang paling sesuai untuk perniagaan MLM? Mereka mungkin merupakan peguam, arkitek, doktor atau dari industri lain yang berpendapatan tinggi. Malangnya apabila mereka berhenti bekerja, mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lagi. Malahan jika mereka mempunyai simpanan yang banyakpun, kemalangan atau penyakit serius mungkin akan menghabiskan semuanya.

Seperti apa yang saya katakan dahulu, melainkan anda adalah bos syarikat besar, jikalau tidak, menjadi bos syarikat sederhana benar-benar mencabar. Ringkasnya, tidak mudah untuk menjadi bos! Anda akan menghadapi pelbagai masalah yang perlu dikhuatiri, masalah kakitangan, sewa, produk, pasaran, aliran tunai dan pelbagai lagi. Dengan meningkatnya sewa dan upah pekerja, semua keuntungan yang diperoleh di masa hadapan akan digunakan untuk membayar gaji para pekerja dan sewa.

Selain itu, konsortium yang mempunyai sokongan kewangan boleh menguasai pasaran dengan mudah. Sebagai sebuah syarikat bersaiz sederhana, anda perlukan 3 hingga 5 tahun untuk membina jenama dan imej. Oleh itu, pada masa hadapan orang ramai lebih cenderung bekerja sebagai “freelancer” yang kurang tekanannya.

Generasi muda digelar sebagai “kumpulan strawberi”, mereka kelihatan keras dari luar, namun realitinya, mereka lembut di dalam kerana tidak mampu menghadapi tekanan. Sebahagian besar daripada mereka memiliki impian yang besar dan hebat, tetapi tidak mahu bekerja keras untuk mencapai impian tersebut. Mereka lebih suka cara mudah iaitu dengan meminjam wang dari teman, keluarga atau bank.

Tanpa pengalaman dan kemampuan yang cukup, ditambah faktor tidak tahan menghadapi tekanan, golongan muda cenderung mengeluh, menyalahkan orang lain dan menyerah kalah ketika menghadapi cabaran. Akhirnya, mereka akan tenggelam di dalam hutang. Saya berani mengatakan, 9 daripada 10 golongan muda gagal kerana faktor-faktor ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan semua golongan muda, janganlah terburu-buru dalam memulakan perniagaan sendiri setelah tamat pengajian. Anda boleh mengambil kesempatan untuk mengilap keupayaan, kemampuan, kemahiran komunikasi, perhubungan awam dan pelbagai lagi melalui landasan yang disediakan oleh MLM. Selepas itu, anda putuskanlah masa hadapan sendiri. Jika anda mencapai kejayaan besar dalam jualan langsung, anda boleh meneruskannya dan jika tidak, sekurang-kurangnya anda telah mengumpul pengalaman dan anda mempunyai peluang yang lebih baik apabila membina perniagaan sendiri kelak.

MLM bagaikan kampus tanpa sempadan, anda boleh belajar ilmu baru (yang tidak diajar di sekolah atau organisasi pengajian biasa) dalam meningkatkan pemikiran, sikap, kemahiran pengurusan dan pelbagai lagi. Ringkasnya, pada masa akan datang orang ramai perlu terlibat di dalam MLM, dan itu merupakan trend!